Friday, June 21, 2013

TanpaMU

 Aku yang lemah tanpaMU
Aku yang rebah kerana
Cinta yang telah jauh dariMU
Yang mampu melemahkanku

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukku
Kan ku jadikan Engkau sebagai
Petunjuk agung dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak dariMU..

*Kerana ku tahu Engkau sentiasa di sisiku:):):):)
   Walaupun aku sentiasa melupakanMU:(:(:(:(:(:(:(






KeampunanMU

Bila ku dijentik rasa di kalbu
Bila ku disentuh rasa di jiwa
Bila ku diusap rasa di hati

Lantas kalbu ini mengingatiMu
Lantas jiwa ini merayu padaMu
Lantas hati ini menginginkanMu

MengingatiMu di setiap nafasku
Merayu padaMU pada setiap ketikaku
MenginginkanMU di setiap degupan jantungku

Siapalah aku tanpa nikmatMU
Siapalah aku tanpa keberkatanMU
Siapalah aku tanpa kerahmatanMU

Sedarkanlah diriku
Peganglah diriku
Bimbinglah diriku
Kerana aku hanyalah hambaMU
Yang selalu mengharapkanMU


*Ku bersyukur padaMU YA ALLAH diatas segalanya
  ALHAMDULILLAH
  ALHAMDULILLAH
  ALHAMDULILLAH